TESTIMONIAL PELAJAR KTAC

 

 

 

Ahmad Fauzan BIN Abd Razal

Diploma Hotel Katering

Terima kasih saya ucapkan kerana berkesempatan untuk memberi peluang untuk berucap mengenai pencapaian saya di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (KTAC). Sememangnya belajar di cybernetics memuaskan dari segi belajar dan mempunyai pensyarah yang mempunyai latar belakang pengatahuan yang tinggi. Selain itu, di dalam pembelajaran mencapai cita- cita tidak lekang juga degan aktivi yang dijalankan terutama dalam bidang sukan. Kolej KTAC memberi  peluang kepada sesiapa yg ingin menaikan nama kolej antaranya saya sehingga dapat mengharumkn nama kolej hingga ke persada dunia


Afiq Shahlan BIN Azuddin

Diploma Pengurusan Aviation

Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetic banyak menawarkan pelbagai bidang yang menarik di kolej dan banyak kemudahan yang sedia ada contohnye bilik kuliah,penginapan yang agak selesa,mempunyai pensyarah yang banyak berpengalaman mengajar. Manakala, di kolej tersebut mempunyai kenderaan awam seperti bas, teksi dan lain-lain. Saya amat bangga sekali kerana belajar di kolej tersebut. Dan bagi bidang saya pula, saya ingin menawarkan peluang akademik dan kerjaya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran industri penerbangan. Kursus tersebut ini juga dapat melahirkan profesional yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang pentadbiran dan pengurusan aviasi moden yang amat diperlukan di dalam bidang sektor perindustrian penerbangan di Malaysia & luar negara. Sebagai mana contoh bagi bidang tersebut. Kami akan membuat satu lawatan dan mempelajari tentang kos tersebut.Contohnya :KLIA, Department Civil Aviation(DCA),Asian Aviation Centre Of Excellence(AACE),Malaysia Institute Of Aviation Technology(UniKL MIAT).


Haslinda BINTI Nasir Khan

Diploma Syariah 

Assalamualaikum saya Haslinda BINTI Nasir Khan Student ID 15040019 daripada course diploma syariah semester 4. Terima kasih diucapkan pada yang memberi peluang pada saya untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan pihak kolej. Dengan pelbagai aktiviti lagi di kolej mampu memberi mahasiswa merapatkan lagi ukhuwah antara satu sama lain. Cybernetics juga memberi pelbagai peluang pada saya dan tidak terlupa pada pensyarah di Kolej Cybernetics yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan berkongsi pelbagai ilmu pada saya dan yang lain.


Mahani BINTI Marsidi

Diploma Awal Kanak - Kanak

Assalamualaikum, saya berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar di Kolej Cybernetics, saya dari kos pendidkan awal kanak – kanak dan kos ini adalah antara kos terbaru di kolej ini, sepanjang saya belajar di kolej ini banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang sayadapat seperti membuat tugasan ke tadika dapat merasa bagaimana suasana mengajar kanak – kanak dan merasa bagaimana tanggugjawab seorang guru, pensyarah di sini juga selalu membantu saya dan rakan – rakan dalam pembelajaran, saya harap kolej ini dapat berkembang lebih maju dan pesat.


Pelajar Diploma Syariah :

​​

Pelajar Diploma Pengurusan Hotel & Katering :

Pelajar Diploma program lain - lain:

 

 

 

 

 

 

--



Cetak